PBS

SELAMAT DATANG KE BLOG PMRSPM PENDIDIKAN ISLAM

Blog ini diusahakan sebagai salah satu usaha yang tidak seberapanya untuk membantu guru-guru pendidikan islam mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan mp pendidikan islam Insya Allah

Monday, June 7, 2010

Selamat Bercuti kepada semua guru dan pelajar-pelajar

Walaupun bercuti, para guru tetap dengan kerja iaitu menanda kertas jawapan pelajar selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun sebelum cuti baru-baru ini.
Di SMKA Sultan Muhammad, pelajar dianugerahkan dengan pakej-pakej percutian terutama kelas-kelas peperiksaan.

Selamat Bercuti dan selamat pengantin baru kepada sesiapa yang berkenaan.

Saturday, May 15, 2010

Perlaksanaan Pentaksiran dan Penyelarasan PBS

Assalamualaikum wbrkth.
Untuk makluman dan tindakan Ketua Pentaksir Sekolah PBS PMR Pendidikan Islam, tuan puan bolehlah memulakan pentaksiran bersama dengan pentaksir-pentaksir sekolah. Ketua Pentaksir Sekolah bolehlah merujuk kepada Proses Kerja KPS yang boleh dimuat turun dalam blog nihrir blog
Jika ada masalah sila email saya di nihrir@gmail.com atau rujuk kepada Pentaksir Kawasan berikut:

1.En. Tuba Nihrir bin Hassan SMKA Sultan Muhammad
06-2325434
013-6302361

Nama Pentaksir Kawasan

2.En. Abd. Razak bin Ismail
(Kawasan Melaka Tengah) SMK Seri Tanjong
06-3511539
019-6826357
3.En. Wan Chik bin Wan Taha
(Kawasan Melaka Tengah) SMK Bukit Baru
06-2320718
016-9811704
4.En. Mohamad Anuar bin Ibrahim
(Kawasan Jasin) SMK Selandar
06-5251144
019-6523268
5.En. Radzi bin Mustafa
(Kawasan Masjid Tanah) SMK Rahmat
06-3876214
012-3797523

6.En. Mohd Hanafiah bin Yusuf
(Kawasan Alor Gajah) SMK Seri Pengkalan
06-5561268
017-6126214

7.En. Zainurin bin Md Yasin
(Kawasan Jasin) SMK skandar Shah
06-5291266
013-6801747

Selamat menjalankan tugas tuan puan.

Wednesday, April 28, 2010

Proses Kerja Pentaksir Sekolah bagi PBS PMR Pendidikan Islam

Assalamualaikum Ustaz dan Ustazah, saya dah drafkan proses kerja bagi Ketua Pentaksir Sekolah PBS PMR Pendidikan Islam untuk memudahkan Ustaz dan Ustazah menjalankan penyelarasan diperingkat Sekolah. Saya sarankan Ustaz dan Ustazah muat turun fail tersebut. Maklumat lanjut sila baca siaran dari Unit Penilaian dan Peperiksaan JPN Melaka yg dihantar ke sekolah-sekolah berkaitan perlaksanaan PBS dan ULBS.
Jika ada sebarang masalah, boleh email saya di nihrir@gmail.com

Untuk muat turun Proses Kerja Ketua Pentaksir Sekolah PBS PMR Pendidikan Islam, sila ke Pautan di bawah

Pautan ke PBS PMR Pendidikan Islam

Assalamualaikum tuan/puan, utk maklumat lebih lanjut berkaitan dengan PBS PMR Pendidikan Islam sila klik link berikut:
Pautan ke PBS PMR Pendidikan Islam

Wednesday, April 14, 2010

skop soalan Pendidikan Islam PMR Peperiksaan Pertengahan Tahun

Skop Soalan Pendidikan Islam PMR Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Mesyuarat PBS Semua Ketua Pentaksir Negeri

Pada 12 April, satu mesyuarat pengoperasian PBS semua mata pelajaran bagi Ketua Pentaksir Negeri bersama dengan SPP JPN Melaka di bilik Melati Bukit Baru.

Hasil dari mesyuarat tersebut, satu bentuk penyelarasan dan pemantauan yang lebih efektif dan kurang kos telah dirangka. Untuk PBS Pendidikan Islam PMR, pentaksiran sudah pun dijalankan oleh semua Ketua Pentaksir sekolah bersama pentaksir-pentaksir sekolah masing-masing.
Manakala untuk penyelarasan pula, tugas ini diserahkan kepada Ketua Pentaksir Sekolah dan dapatan penyelarasan di sekolah masing-masing akan dihantar ke SPP mengikut format laporan yang akan ditentukan. Ketua Pentaksir Negeri bersama dengan Pentaksir Kawasan akan membuat penyelarasan di sekolah-sekolah yang dipilih secara rawak di samping sekolah-sekolah yang mempunyai masalah dari segi perlaksanaan dan sebagainya.
Senarai pentaksir kawasan akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas selesai urusan perlantikan oleh SPP JPN Melaka.

Wednesday, March 10, 2010

Keterujaan dipilih menjadi tetamu Allah di Mekah

Saya ada membaca buku bertajuk Haji Muda Tip-tip menjadi tetamu Allah, hati ini semakin truja dan bersemangat nak dijemput oleh Allah ke rumahnya. subhanallah. Buku ini sesuai pada sesiapa saje yg hatinya belum sampai seru kiranya.Buku ini menafikan alasan bagi jawapan belum sedia, x cukup duit, masih muda, belum puas enjoy, haji untuk org tua. Kita kena azam untuk pergi haji pada usia muda. Insya Allah. Ditulis oleh Ridzwan Bakar terbitan PTS

Tuesday, February 2, 2010

Akal Alat dan Pemimpin Orang Mukmin

Diriwayatkan oleh Ka'ab dan Abu Hurairah bahawa mereka datang dan bertanya kepada Rasullullh saw: "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling pintar?". Rasulullah saw menjawab: "Orang yang berakal". Mereka bertanya lagi: "Siapakah orang yang paling berbakti?". Rasulullah saw menjawab: "Orang yang berakal". Mereka bertanya lagi: "Siapakah orang yang paling utama?". Rasulullah saw menjawab: "Oran yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mu'min ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mu'min adalah akal".

Friday, January 22, 2010

Soalan UTH Pendidikan Islam PMR 2010

Ustaz dan Ustazah dah boleh download soalan UTH Pendidikan Islam PMR 2010 pada pautan di bawah ini. Set ini akan digunakan selaras 1 Malaysia. Ustaz dan Ustazah boleh edit dan ubahsuai muka depan ikut kesesuaian masing-masing

Soalan Uth untuk Penilai

Soalan UTH untuk calon


Format Tilawah dan Hafazan

Saturday, January 9, 2010

Tahun Baru 2010

Salam sahabat-sahabat.