PBS

SELAMAT DATANG KE BLOG PMRSPM PENDIDIKAN ISLAM

Blog ini diusahakan sebagai salah satu usaha yang tidak seberapanya untuk membantu guru-guru pendidikan islam mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan mp pendidikan islam Insya Allah

Wednesday, April 28, 2010

Proses Kerja Pentaksir Sekolah bagi PBS PMR Pendidikan Islam

Assalamualaikum Ustaz dan Ustazah, saya dah drafkan proses kerja bagi Ketua Pentaksir Sekolah PBS PMR Pendidikan Islam untuk memudahkan Ustaz dan Ustazah menjalankan penyelarasan diperingkat Sekolah. Saya sarankan Ustaz dan Ustazah muat turun fail tersebut. Maklumat lanjut sila baca siaran dari Unit Penilaian dan Peperiksaan JPN Melaka yg dihantar ke sekolah-sekolah berkaitan perlaksanaan PBS dan ULBS.
Jika ada sebarang masalah, boleh email saya di nihrir@gmail.com

Untuk muat turun Proses Kerja Ketua Pentaksir Sekolah PBS PMR Pendidikan Islam, sila ke Pautan di bawah

Pautan ke PBS PMR Pendidikan Islam

Assalamualaikum tuan/puan, utk maklumat lebih lanjut berkaitan dengan PBS PMR Pendidikan Islam sila klik link berikut:
Pautan ke PBS PMR Pendidikan Islam

Wednesday, April 14, 2010

skop soalan Pendidikan Islam PMR Peperiksaan Pertengahan Tahun

Skop Soalan Pendidikan Islam PMR Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Mesyuarat PBS Semua Ketua Pentaksir Negeri

Pada 12 April, satu mesyuarat pengoperasian PBS semua mata pelajaran bagi Ketua Pentaksir Negeri bersama dengan SPP JPN Melaka di bilik Melati Bukit Baru.

Hasil dari mesyuarat tersebut, satu bentuk penyelarasan dan pemantauan yang lebih efektif dan kurang kos telah dirangka. Untuk PBS Pendidikan Islam PMR, pentaksiran sudah pun dijalankan oleh semua Ketua Pentaksir sekolah bersama pentaksir-pentaksir sekolah masing-masing.
Manakala untuk penyelarasan pula, tugas ini diserahkan kepada Ketua Pentaksir Sekolah dan dapatan penyelarasan di sekolah masing-masing akan dihantar ke SPP mengikut format laporan yang akan ditentukan. Ketua Pentaksir Negeri bersama dengan Pentaksir Kawasan akan membuat penyelarasan di sekolah-sekolah yang dipilih secara rawak di samping sekolah-sekolah yang mempunyai masalah dari segi perlaksanaan dan sebagainya.
Senarai pentaksir kawasan akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas selesai urusan perlantikan oleh SPP JPN Melaka.